bekwoh di kelantan

Beza Kad Jemputan ‘Walimatulurus’ Vs ‘Kesyukuran’ Di Kelantan

Apa beza kad jemputan majlis perkahwinan yang tertulis “Walimatulurus” vs “Kesyukuran” di Kelantan?

Kalau tulis Walimatulurus tu, jemputan kena “ngele” atau salam kaut. Bagi seikhlas hati. Tuan rumah akan menempah catering mengikut kepala jemputan yang dibuat. Untuk jenis jemputan macam ni, biasanya orang akan pergi berdua (suami isteri). Memang tidak sesuai untuk pergi bawa satu keluarga (kecuali keluarga terdekat yang sedia maklum). Kalau di kampung-kampung pula, biasanya majlis kenduri kahwin atau Walimatulurus lebih meriah dengan mengadakan gotong-royong. Di hari majlis kenduri, ibu dan bapa pengantin akan memainkan peranan penting selaku penyambut tetamu. Selepas menjamu selera, kebiasaanya tetamu akan bertemu mata dengan tuan rumah (ibu atau bapa) untuk “ngele” atau memberi sumbangan wang. Sebagai balasan, tuan rumah akan menghulurkan ‘siso’ atau cenderahati sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan.

Kalau tulis kesyukuran pula, maksudnya jemputan pergi makan-makan je. Kalau nak bawak buah tangan pun boleh macam biskut, susu, gula, dan lain-lain. Jemputan ini sebenarnya lebih kepada jemputan bertemu muka atau berkumpul sanak saudara. Crowd jemputan pun tidak terlalu besar dan biasanya terdiri dari saudara mara terdekat.

Loghat Kelantan Versi Kenduri Kahwin

Alang-alang kita dah buka topik tentang majlis perkahwinan ni, apa kata min kongsi beberapa dialek atau loghat Kelantan versi Majlis Kenduri Kahwin!

Ngele – Salam kaut / sumbangan dalam bentuk wang ringgit.
Siap ngele pahni, boleh doh slow slow kito kelik.
Settle salam kaut lepas ni, boleh la kita beransur balik.

Madoh – Jemputan.
Dekat nok bekwoh nanti, aku gi la madoh mung.
Dekat tarikh kenduri nanti, aku pergi la jemput kau.

Jong kako – AJK angkat-angkat makanan.
Pakat mari tulong jadi jong kako deh bekwoh rumoh kawe bule depe.
Pakat datang tolong jadi AJK ye time kenduri rumah aku bulan depan.

Jong gula – Tukang masak dalam majlis kenduri.
Kawe nok ajok demo jadi jong gula bekwoh rumoh kawe minggu depe deh. Aku nak ajak kau jadi tukang masak kenduri di rumah aku minggu depan ye.

Gula – Gulai.
Gula kawoh – Gulai kawah.
Sedak gula kawoh rumoh mung.
Sedap gulai kawah rumah kau.

Gula habih doh ni, keno tamboh.
Gulai habis dah ni, kena tambah.

Kain Speroh – Alas makanan batik (kain batik berbentuk segi empat)
Kalu bekwoh, sedap make ramai-ramai hadap hidange atah kain speroh.
Kalau kenduri, sedap makan ramai-ramai hadap hidangan atas alas makanan batik.

Siso – Door gift.
Siso untuk oghe ngele abih doh tu. Keno gi tamboh.
Door gift untuk orang yang bagi sumbangan wang (salam kaut) dah habis tu. Kena pergi tambah.

Timun Cino – Buah Tembikai.
Klu bekwoh takdok timun cino memang tok lekak hidange.
Kalau kenduri tak ada tembikai memang tak lengkap hidangan.

Krabu saghe – Kerabu rumpai laut.
Payoh nok cari tempat bekwoh hok ado jamu krabu saghe loni. Demo rajin make dok goni?
Susah nak jumpa tempat kenduri yang hidang kerabu rumpai laut sekarang. Kau pernah makan tak ni?

Aye pedah – Ayam pedas / Ayam masak merah.
Tok nyakut bekwoh kalu takdo aye pedah.
Tak lengkap kenduri kalau tak ada ayam masak merah.

Par – Dulang hantaran.
Brapo par nok balah ko gu lawe?
Berapa dulang nak balas hantaran kepada pasangan?

Puluk Semangat – Pulut kuning.
Wojik ado puluk smangat atas par klu blarok gak.
Wajib ada pulut kuning atas dulang hantaran kalau kenduri kahwin.

Manjange – Pelamin.
Comey manjange dio, tepoh mano ni?
Cantik pelamin dia, tempah kat mana ni?

Blarok – Berarak bersama pengantin.
Pukul brapo ore blarok nok mari?
Jam berapa orang berarak bersama pengantin nak datang?

Doa slamak – Majlis kesyukuran.
Bekwoh ni ngele ko buak doa slamak?
Kenduri nanti buat walimatulurus atau majlis kesyukuran?

Make gula – Pergi kenduri kahwin.
Peah, mu nok gi mano tu? Aku nok gi make gula rumoh #MaelTotey.
Peah, kau nak ke mana tu? Aku nak pergi ke kenduri kahwin di rumah #MaelTotey.

Ngatik – Tahlil.
Male ni buleh la ajok oghe ngatik. Gula banyok lagi ado ni.
Malam ni boleh lah ajak orang buat tahlil. Gulai pun banyak lagi ada ni.

Macamana? Lepas ni kalau dapat jemputan majlis perkahwinan di Kelantan, takde la pelik kalau dengar istilah-istilah seperti yang min kongsi kat atas ni kan.

Kredit Photo : http://www.ieyra.com/ & http://www.duniapatik.com/

21 comments:

  1. Ooo ada beza ek.. kalau di Johor, walimatul tu undangan perkahwinan, majlis kesyukuran takde plak guna kad ke apa ke, lebih kepada cakap mulut atau col sedara mara aje..

    So Madi walimatulurus nanti Bekwoh ni ngele ko buak doa slamak?

  2. Ok baru tau kesyukuran kita dok makan2 je.. Wah ayatvtimun cina utk tembikai erk.. Hehee.. Besynya dapat beljar pwrkataan ni semua.. Hehehe.. Bagus kongsi berkenaan ni semua.

  3. Terima kasih tau untuk sharing macam ni. Saya pun pernah dengar pasal topik ni tapi bila baca kat sini lebih jelas. Yelah.,. mana la tau ada jodoh awek kelate ke kan.. kita taktau.. jadi kena sedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *