Keretapi Ke Dabong

Fenomena Train To Dabong Popularkan Kelantan

Apa sebenarnya yang menarik di kawasan Dabong ni ? Apa yang kita sedia maklum, sebelum ni ia popular kerana adanya Air Terjun Jelawang yang mana ianya merupakan Air Terjun tertinggi di Asia Tenggara. Namun begitu, lokasinya tidak terlalu menjadi tumpuan ramai kerana berada agak jauh dari bandar-bandar utama terutama ibu negeri Kota Bharu.

Selepas kerajaan mengumumkan Malaysia bebas dari PKPB fasa pertama yang lepas. Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang beroperasi dari Tumpat ke Dabong menerima sambutan yang amat rancak. Yang mana menyebabkan kesesakan pengguna yang amat luar biasa khususnya pada hujung minggu.

Secara tidak sengaja juga, Fenomena baharu di Kelantan #TrainToDabong ini telah berjaya mengangkat produk eco-pelancongan di Dabong yang terletak dalam daerah Kuala Krai dalam sekelip mata.

Anggaran harga tiket keretapi dari Tumpat / wakaf bharu ke Dabong ; RM5/pax (dewasa) untuk sehala dan RM3/pax (kanak-kanak) untuk sehala. Keretapi di jangka akan bertolak dari Stesen Tumpat lebih kurang jam 4.00 pagi (paling awal) dan di jangka sapa di Stesen Dabong pada jam 7.30 pagi. (boleh rujuk gambar jadual).

Laluan Keretapi ; Stesen Pasir Mas – Tanah Merah – Kuala Krai dan berakhir di Dabong. Ada juga stesen-stesen kecil antara perjalanan tu.

Pengalaman naik keretapi tu yang paling penting! Tidak kiralah kita travel dengan siapa, kawan-kawan ke, dengan keluarga ke, ianya ada dalam negara kita je. Tak perlu nak susah payah ke luar negara untuk merasai pengalaman travel naik keretapi ni.

Apa Menarik Yang Di Dabong

Kalau dah sampai di Dabong, min cadangkan untuk korang pergi ke lokasi tarikan seperti berikut :

  • Gua Ikan : Ada fenomena rare “god light”
  • Gunung Stong : Kem Baha (Fenomena Awan Karpet)
  • Air terjun Jelawang : Air terjun tertinggi di Asia Tenggara

p/s : #IsuPrebetSapuHargoTokMasukAkal
Bagi yang nak ke Dabong menggunakan service prebet sapu, min mitok tolong tanyo hargo & tawar hargo sebaiknyo untuk elok keno tipu. Nok selamat guno service Jelawang Pipe Resort, sebab diorang pun ado service shuttle untuk pickup & hantar adik kakok ke stesen keretoapi tu.

Kalau korang nak tahu info lanjut atau pakej menarik mengenai Dabong boleh terus berurusan dengan Nik Ali Nik Muhamad (Guide Jelawang Pipe) di +60179587167.

Adding an RSS feed to this site’s homepage is not supported, as it could lead to a loop that slows down your site. Try using another block, like the Latest Posts block, to list posts from the site.

One comment:

  1. Boleh juga hubungi 0142121782 abe jat fb #dabong stonghill grab. selaku tourguide beserta dengan pengangkutan skali (grab) 2 in 1.

Leave a Reply

Your email address will not be published.