Mee Celup Setambun

“Mee Celup Setambun Viral” Warung Raysha Ketereh

Mee Celup merupakan makanan yang cukup sinonim bagi negeri Kelantan. Ianya boleh dikatakan sebagai antara makanan kegemaran bagi rakyat di Kelantan.

Jadi, untuk artikel kalini Awe nak kongsikan dengan korang mengenai sebuah warung mee celup yang sedang viral di Ketereh iaitu Warung Raysha.

Warung Raysha viral kerana menawarkan menu “Mee Celup Setambun” (dalam bahasa pasar bertimbun/ banyak). Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis lauk pauk untuk memeriahkan lagi keenakan mee celup mereka dengan tanbahan harga yang murah.

Antara variasi lauk yang pelanggan boleh “add-on” adalah seperti berikut ;

  • Daging
  • Ayam
  • Perut
  • Telor Puyuh
  • Telor Gedik (telur masak separuh)
  • Meatball
  • Ikan Bilis
  • Isi Ketam
  • Udang
  • Sotong

Selain dari mee, pelanggan juga boleh minta pilihan lain seperti kuey teow, bihun atau maggi.

Apa yang lebih menarik, lokasi warung mee celup ni berdekatan dengan sawah padi. Kalau kena waktu yang sesuai, pemandangan yang korang boleh dapat memang sangat cantik.

Apa yang Awe suka, kemudahan parking diorang sangat besar dan hanya berada di seberang jalan sahaja.

Lokasi :
Lot1449, Jalan Tok Akil, Kg Hutan Pasir,
16450 Ketereh Kota Bharu, Kelantan.
Waktu Operasi :
11.30 am – 7.30 pm (tutup hari Rabu)
Facebook : Warung Raysha

13 comments:

  1. Ya Allah sedapnyaaa tengok mee celup tu, nampak menarik betul lagi-lagi bila siap boleh add on macam-macam yang sedap lagi yea! Nak masuk list laa, wajib try ni bila pergi Kelantan nanti 😁

  2. Setakat ni kalau di Johor Mee Celup sedap, belakang rumah Sis aje, Kelantan Thai kedainya, memang sedap.. cuma bila pergi Kelantan, aishhh asyik lupa je nak mencuba yang kat sana punya.. nanti please bawa Sis ya Madi ke sini…

  3. Yummy Yummy.. Dulu sebelum PKP memang rajin pergi cari mee celup.. serious dah lama giler tak makan mee celup sedap! Bila la boleh pergi jalan2 lagi.. especially nak pergi Kelantan ni… Last jejak kaki kat situ pun 2 years ago… aduii.. itupun sebab ada kenduri and time Raya Haji… most of the time on the road/in the car jer tak dapat explore mana pun..

  4. amboihh dekatnyalah dengan kita ni haaa , bilalah dapat peluang lepas ke sana…teringin nak rasa mee celup yang sedap nih…last makan pun entah tahun bila tapi kalau nak rasa yang lagi sedap mesti kena pergi ke tempat asalnya….sama2 kita doa semoga pandemik berakhir dan orang Selangor boleh kembali berjalan walaupun dalam negara sendiri….

  5. Fav sgt mee celup ni. Haiii bila la dapat rentas negeri dan nak ke kelantan sangat². Hari tu pergi tak sempat nak explore lebih sebab dapat tidur si kelantan satu malam je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *