Kelantan Isytihar Tamat PKPB Kecuali Di Beberapa Daerah

PKPB Kelantan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Negeri Kelantan ditamatkan pada 6 Disember 2020 KECUALI di daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang & Tanah Merah bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020.

Namun begitu, di sebahagian kawasan telah diistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ; Madrasah Ad-Diniah Al Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 5 DISEMBER 2020, 12.00 p.m.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 12 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 305 kes.

Negeri Kelantan telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 35 kes dan kesemuanya adalah penularan COVID-19 dalam negeri. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Kelantan sebanyak 436 kes.

Sehingga kini, terdapat 127 kes positif COVID-19 dirawat di wad termasuk tujuh (7) kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tiada kes kematian baharu direkodkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian adalah empat (4) kes.

JKNK ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *