Resipi Beledo Buoh Jabik

Kalini min nak kongsi satu resipi masakan yang cukup mudah dan sedap iaitu Beledo buoh jabik. Resipi pukul 3 pagi ekekekeke. Tapi, kenapa “Beledo” ?? dan kenapa “Jabik?? Dalam dialek kelantan Agar-agar di panggil “Beledo”, manakala Kismis pula di panggil “Jabik”.

Beledo Jabik

Bahan-bahan :

10 gram serbuk agar-agar
50 gram Buah kismis hitam (California Raisins)
100 gm gula kaster
750 ml air
1 tin Susu Sejat Penuh Krim IDEAL

Cara cara:
Masak serbuk agar agar, gula dan air sehingga agar-agar dan gula larut. Masukkan susu cair dan kacau sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan kismis.
Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang/acuan berbentuk ikan.
Sejukkan seketika sebelum disejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

p/s : Set Storage Containers Neovent kaca 3 beradik tu tengah ada sale tau. RM48 je. Masuk code saya boleh dapat another 10% discount tau. Yeay. *FREE Delivery plak tu.

Beli Bekas Kaca : https://mycookingstory.com/?ref=MCSMawardi
Beli Acuan Ikan : https://shp.ee/4537s68

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *