Crystal Lodge Hotel Kota Bharu; Bilik Besar, Harga Murah Termasuk Buffet Breakfast

Bercuti di Kota Bharu sudah semestinya memerlukan lokasi penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan. Kali ini min nak kongsi dengan anda semua salah sebuah hotel yang cukup berbaloi untuk korang inap jika bercuti di bandar Kota Bharu iaitu “Crystal Lodge Hotel Kota Bharu“.

Crystal Lodge Kota Bharu

Untuk pengetahuan korang, “Crystal Lodge” merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang dengan harga rendah yang menawarkan pelbagai jenis kemudahan termasuk gym dan buffet breakfast yang sangat berbaloi dengan pelbagai jenis pilihan makanan.

“Percaya atau tidak? Harga Superior Double Room mereka hanya RM120 termasuk buffet breakfast untuk dua (2) orang. Murah bukan!!”

Rata-rata, kalau sewa hotel dengan harga sebegini di Kota Baharu kita hanya dapat bilik sahaja tanpa breakfast.

Kenapa korang perlu booking dan stay di Crystal Lodge Hotel kalau datang ke Kota Bharu? Ini beberapa sebab dia.

1. Tawar Pelbagai Jenis Kamar Dengan Harga Berpatutan.

Crystal Lodge hotel mempunyai beberapa jenis bilik untuk pilihan tetamu mereka seperti “Superior Room”, “Deluxe Room” dan paling besar adalah “Junior Suite Room”.

Walaupun bilik diorang besar dan lengkap, apa yang min paling suka adalah harga dia yang sangat berpatutan. Untuk jenis “Superior Room” korang boleh dapat dengan harga bermula RM120. Untuk jenis “Deluxe Room” pula, ianya serendah RM169 manakala jenis “Junior Suite Room” pula RM399.

Semua harga yang korang bayar sudah termasuk sarapan pagi ya!! Ya. semuanya termasuk akses untuk buffet breakfast. Best bukan!

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas iron, hair dryer and bathroom amenities. Untuk hiburan pula, Crystal Lodge menyediakan TV flat screen dengan rangkaian 30 Astro Channels2 Radio Channels dan 4 In House DVD & VCD movies. Selain itu, mereka juga menyediakan Coffee & Tea amenities termasuk 2 botol air mineral. Bukan itu sahaja, Minibar/Refrigerator .

Paling penting, Crystal Lodge menawarkan high speed internet secara PERCUMA! Jadi boleh la update IG puas-puas kan? hehe.

2. Buffer Makan Pagi (Indoor & Outdoor).

Apa yang menariknya lagi mengenai Crystal Lodge hotel ni, mereka menawarkan setiap pelanggan mereka dengan akses hidangan buffet breakfast.

Apa yang min boleh katakan, pilihan makanan buffet breakfast dia memang berbaloi-baloi dan boleh dikatakan banyak pilihan. Kadang-kadang hotel yang lebih advance dari mereka pun min tak jamin secemerlang ini. *serius min tak tipu.

Ada pelbagai jenis pilihan makanan termasuk makanan tempatan, western dan pilihan sala rotiscrambled eggkuih muihpaubuah buahan & banyak lagi. 

Untuk buffet breakfast ni, diorang bukan sahaja buka akses kepada in-house (yang menginap) customer sahaja. Tapi, orang luar juga boleh datang untuk breakfast di sini secara walk-in.

Harga buffet breakfast untuk “outside guest”.
Adult RM25
Child (6 to 12) RM15


3. Ada Dewan & Bilik Seminar Untuk Disewa

Bagi korang yang tercari-cari ruangan untuk buat majlis atau seminar, Crystal Lodge Kota Bharu Ada jawapannya.

Mereka ada menawarkan kemudahan seperti dewan utama yang besar untuk majlis resepsi perkahwinan, bilik-bilik untuk seminar dan meeting dan beberapa bilik lain yang sesuai untuk dijadikan space untuk majlis2 kecil.


4. Kemudahan Gymnasium

Untuk pengetahuan korang, Crystal Lodge Kota Bharu juga mempunyai kemudahan gym tau. Buat masa sekarang, mereka akan buka gym mereka apabila ada request dari client.

Bukan biasa-biasa sebab banyak juga peralatan senaman yang diorang sediakan.

5. Ruang Parkir Yang Luas dan Selamat.

Hal yang paling min ambil berat kalau nak sewa hotel di Kota Bharu ialah parkir. Mudah atau sebaliknya? Selamat atau Tidak?

Di Crystal Lodge Kota Bharu, mereka mempunyai kawasan parkir khas di belakang bangunan (outdoor) dan di bawah (indoor). Jadi tak perlulah risau keselamatan kereta korang nak parking jauh-jauh kan?

6. Terletak di Bandar Kota Bharu

Crystal Lodge Kota Bharu ni berada dekat dengan beberapa lokasi tarikan di sekitar bandar Kota Bharu. Malah ada yang boleh diakses hanya dalam jarak jalan kaki sahaja.

Kat depan hotel ni pun korang boleh lepak mengopi di kedai kopi lama yang cukup menggamit memori. Tak jauh pun, seberang jalan je.

8. Laluan Kelantan SightSeeing Tour

Lebih menarik, Crystal Lodge Hotel ni ada tersenarai dalam semua route Kelantan Sight Seeing Tour yang mana ianya merupakan satu pakej pelancongan menarik dalam mempromosikan lokasi menarik sekitar Kota Bharu, Tumpat dan lokasi berdekatan.

Artikel Mengenai Pakej Kelantan Sight Seeing Tour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *