Januari 2021, Kelantan Kembali Isytihar PKP

PKP DI SELURUH NEGERI KELANTAN BERKUAT KUASA 16 JANUARI HINGGA 26 JANUARI 2021 | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan di Kelantan, berkuat kuasa esok (16 Januari ) hingga 29 Januari depan.

Ini susulan peningkatan mendadak bilangan kes positif COVID-19 membabitkan kluster dalam komuniti di Kelantan.

Mengikut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Kelantan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) PKP diguna pakai di enam negeri yang dimaklumkan kerajaan, sebelum ini.

Purata kes harian di Kelantan meningkat antara 80 hingga 100 kes sehari, manakala jumlah kes aktif juga meningkat mendadak dalam tempoh 14 hari dari 328 kepada 891 kes, sejak 10 Januari lalu.

Kementerian Kesihatan turut mengesahkan 90 peratus daerah di Kelantan kini dalam zon merah dan jingga. Masing-masing tujuh daerah zon merah, iaitu di Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Dua daerah zon kuning, masing-masing di Pasir Puteh dan Pasir Mas, manakala satu daerah zon jingga, Jeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *