9 Wakil Kelantan Dalam Kabinet Baharu Datuk Seri Ismail Sabri

politik kelantan

Lima ahli Parlimen dan Senator dari Kelantan dilantik menjadi menteri manakala empat lagi sebagai timbalan menteri dalam Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pada 27 Ogos 2021 yang lepas.

Dengan pelantikan 9 individu tersebut, wakil Kelantan berkurangan seorang berbanding 10 orang sebelum ini, namun begitu Kelantan kekal antara negeri paling ramai wakil yang membarisi Kabinet Kerajaan Persekutuan.

5 orang menteri tersebut terdiri daripada Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin yang kekal sebagai Menteri Kanan – Pendidikan bersama Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Ekonomi) serta Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim (Menteri Alam Sekitar).

Selain itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kekal dalam senarai namun bertukar portfolio kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli bersama Tan Sri Annuar Musa yang telah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Timbalan Menteri dari Kelantan pula terdiri daripada Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Timbalan Menteri Pertahanan), Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama) serta Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff (Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Muka baharu dari Kelantan ialah Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, menggantikan Datuk Che Abdullah Mat Nawi, juga dari negeri ini.

Kredit foto : https://www.facebook.com/sknmediaofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published.