Pengenalan Kepada Projek Jejak Warisan Bachok 2021

Projek Jejak Warisan Bachok (JWB) / Bachok Heritage Trail (BHT) merupakan satu cadangan inisiatif untuk memacu industri pelancongan di daerah Bachok, Kelantan menerusi Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) dan Pejabat Tanah Jajahan Bachok (PTJB) disamping bermatlamat untuk memelihara dan memulihara produk warisan di jajahan Bachok.

Projek ini disarankan dimulakan oleh Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) dan Pejabat Tanah Jajahan Bachok (PTJB) dengan kerjasama Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan sektor swasta.

Diharapkan melalui projek ini, Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) dan Pejabat Tanah Jajahan Bachok (PTJB) dapat bekerjasama dengan masyarakat di Jajahan Bachok dan bersyukur, bekerjasama dan bangga dengan warisan dan budaya yang unik di Jajahan Bachok.

Dalam konteks yang lebih luas, projek ini adalah satu usaha untuk meningkatkan keterlihatan Jajahan Bachok di peringkat lokal dan antarabangsa sebagai “Bandar Pelancongan Islam”, menjadi takwim acara tahunan Jajahan Bachok melalui Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI), menjana pendapatan dan ekonomi penduduk jajahan Bachok, serta meningkatkan perpaduan komuniti setempat dan antarabangsa secara kolektif.

Sumber :

kelantanattractions.com
Jasa Teratai Holidays Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published.