Buffet Ramadan Perdana Kota Bharu 2022

PERDANA KOTA BHARU SAJI PELBAGAI PILIHAN MENU IFTAR BERKONSEPKAN SOUQ RAMADAN PESONA NUSANTARA

Perdana Kota Bharu menyambut Ramadan Al Mubarak 2022 dengan pilihan masakan Malaysia yang menarik dan juga pelbagai hidangan kegemaran antarabangsa berkonsepkan ‘Souq Ramadan’. ‘Souq’ bermaksud pasar atau bazar dalam bahasa Arab.

Menurut, Encik Mohd Iqmal Muslim, Pengurus Besar, “Perdana Kota Bharu akan menyajikan kira-kira 150 gabungan masakan Malaysia, Arab, Indonesia dan Thai. Para tetamu akan benar-benar merasai budaya Malaysia dan antarabangsa sepenuhnya. Bazar berbuka puasa yang sentiasa popular ini telah menjadi keistimewaan Perdana Kota Bharu sepanjang bulan Ramadan”.

Sementara itu, Executive Sous Chef Zaharul Nizam, akan mengetuai pasukan chef untuk menyediakan menu-menu yang sangat menyelerakan yang akan bergilir selama 6 hari. Berbuka puasa dengan aneka pilihan kurma, beberapa jenis minuman sejuk yang menyegarkan serta minuman panas.

Pelbagai juadah pembuka selera termasuk Kerabu Perut, Kerabu Ikan, Kerabu Terung, Kerabu Betik Muda dan banyak lagi untuk memulakan majlis buka puasa.

Menu istimewa untuk bufet ini ialah Kabsah Ayam dan Kabsah Kambing yang boleh didapati di salah sebuah gerai. Keistimewaan hidangan bufet ini adalah hidangan Pahang yang terkenal, Pais Tempoyak Ikan Patin dan Kambing Panggang yang paling digemari, disediakan setiap hari.

Nikmati hidangan menyelerakan ini di gerai ‘Live Action’ kami termasuk Char kway teow, Mee Wantan, Ikan Bakar dan Goreng-Goreng.

Rasai suasana ‘Kampung’ dengan ‘Gulai Kawah’ eksklusif kami seperti Kari Kambing Gearbox, Kari Kepala Ikan, Masak Lemak Daging Salai Mangga Muda dan Gulai Ayam Kampung.

Antara kegemaran berbuka yang lain adalah Murtabak ayam atau Daging, Sotong Kangkung, dan Ayam Bakar Tempayan. Dari dapur Jade pula adalah Fried Chinese Bistik, Ikan Masak 3 Rasa, Fried Prawns with Chili Sauce and Crab with salted egg.

Manjakan diri dengan hidangan pencuci mulut tradisional Melayu seperti Apam Balik, A.B.C, Sagu Gula Melaka, Pengat Keledek, Tapai serta aneka puding dan kek.

Para tetamu boleh menyemarakan semangat Ramadan dengan menikmati pelbagai pilihan hidangan menarik bersama keluarga dan rakan-rakan di Souq Ramadan dengan hanya RM95.00 seorang. Dapatkan harga ‘early bird’ dengan harga RM78.00 seorang.

Lokasi : Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan
Tarikh : 4/4 – 2/5/2022
Masa : 7.00pm- 10.30pm setiap hari
Harga :
Dewasa : RM95 nett seorang
Kanak-kanak : 7-12 tahun RM47.50, bawah 6 tahun PERCUMA
Tempahan :
call 09 7458888 atau whatsapp ke 0199594588

Leave a Reply

Your email address will not be published.