Buffet Berbuka Puasa ibis Styles Hotel Kota Bharu

Istimewa Ramadan ‘Selera Muhibbah’ di ibis Styles Kota Bharu

Ketika bulan Ramadan kembali menjelma, Streats Cafe di ibis Styles Kota Bharu akan menyediakan hidangan berbuka puasa yang istimewa sepanjang Ramadan.

Buat pertama kalinya, ibis Styles Kota Bharu menawarkan gabungan pelbagai hidangan yang disajikan dari seluruh Malaysia. Asyikkan diri di bulan suci Ramadan ini ketika anda menikmati menu berbuka puasa yang meyelerakan dengan ‘Selera Muhibbah’ sebagai tema untuk tahun ini.

“Kami ingin memberikan satu lokasi baharu untuk penduduk Kota Bharu menikmati hidangan berbuka puasa dan berpeluang mencuba apa yang disajikan oleh chef professional kami sebagai hotel yang terbaharu dibuka di Kota Bharu ini. Nikmati reka bentuk dan kreativiti di ibis Styles Kota Bharu dengan suasana moden di Streats Café kami yang akan menjanjikan anda pengalaman baru yang unik dan indah semasa berbuka puasa”. Kata Zac Harun, Pengurus Besar ibis Styles Kota Bharu.

Menu yang disediakan oleh pasukan chef berpengalaman kami yang diketuai oleh Chef Hisyam akan bertukar setiap hari dari 3 April – 2 Mei 2022, menjanjikan hidangan buka puasa dengan lebih dari 100 hidangan yang terdiri daripada makanan pembuka, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut yang akan memuaskan selera anda!

Antara menu istimewa yang akan disajikan pada bulan Ramadan ini adalah Gulai Kawah Daging Istimewa Kelantan, Sup Gear Box, Kambing Panggang, Asam Pedas Ikan Pari, Kerutuk Daging, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Ketam Bunga Masak Pedas. Tidak ketinggalan, beberapa pilihan nasi seperti Nasi Zaffaran, Nasi Beriyani, Nasi Arab & Nasi Hujan Panas juga disediakan untuk para tetamu. Selain itu, pelbagai menu pembukaan seperti salad hijau segar hingga ke Kerabu tradisional, seperti Kerabu Mangga, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Betik Muda, Kerabu Perut, Kerabu Kaki Ayam dan pelbagai ulam-ulaman adalah hidangan pembukaan yang mesti dicuba.

Anda juga boleh merasai pelbagai hidangan pencuci mulut tempatan asli Kelantan – Akok, Jala Mas, Tahi Itik, Bubur Pulut Hitam, Bubur Jagung, Bubur Kacang Hijau, Buah-buahan dan Ais Krim, serta pelbagai lagi hidangan pencuci mulut lain.

Untuk melengkapkan pakej ‘buka puasa’, hotel juga menyediakan kemudahan solat untuk pelanggan Muslim kami dan tempat letak kenderaan percuma yang mencukupi.

Jangan tunggu lagi! Pada bulan Ramadan ini, nikmati hidangan ‘buka puasa’ yang enak dengan keluarga, rakan atau rakan perniagaan anda dengan hanya RM69 nett untuk orang dewasa dan RM39 nett untuk kanak-kanak 7-12 tahun & warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Hotel juga akan menyumbangkan RM1 dari setiap pembelian kepada rumah kebajikan terpilih.

Untuk tempahan, hubungi mereka melalui maklumat yang tertera di bawah.

Streats Café, ibis Styles Kota Bharu

Lot 184 Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Telefon: +609 740 8083 | WhatsApp: +6011 2822 1511

Leave a Reply

Your email address will not be published.