LOKASI PERTAMA PEMBUKAAN BUTIK HEGIRA DI AEON MALL KOTA BHARU

LOKASI PERTAMA PEMBUKAAN BUTIK HEGIRA IALAH DI AEON MALL KOTA BHARU | Alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang menghadiri majlis pembukaan butik Hegira yang meriah dan penuh kesederhanaan. Bertuah rakyat Kelantan dipilih sebagai lokasi pembukaan Butik Pertama Hegira setelah tiga tahun menjalankan perniagaan di atas talian. Keunikan, fleksibiliti dan praktikal menjadi tunjang utama rekaan hijab keluaran Hegira.

Dengan slogan “Change Your Destiny” buatkan Hegira dekat dengan kehidupan wanita masa kini. Boleh dikatakan kesemua rekaan hijab Hegira sangat simple, sederhana tetapi sungguh elegant. Paling penting, aurat terjaga dimana ia merupakan maruah wanita paling berharga.

Antara koleksi hijab Hegira yang simple dan menawan

Tidak hairanlah Hegira tampil sebagai pengeluar hijab yang mempunyai identiti tersendiri dan mempunyai aura “Wanita Hebat”, kerana menurut Puan Suri, Hegira diilhamkan dari perkataan “hijrah” atas penghormatan kepada sejarah penting agama Islam ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Majlis pembukaan dan Perasmian dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi (JMK), Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan. Majlis turut disempurnakan oleh En Mohammad Munzir Aminuddin, Group Chief Executive Officer, Siti Khadijah dan Puan Suri Daman, selaku Pengasas Hegira.

Dari kiri Yang Berhormat Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi (JMK), Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Puan Suri Daman, selaku Pengasas Hegira dan En Mohammad Munzir Aminuddin, Group Chief Executive Officer, Siti Khadijah

Hegira merupakan anak syarikat Siti Khadijah, pengeluar telekung terkenal di Malaysia menampilkan variasi rekaan hijab termasuklah keistimewaan utama, iaitu hijab sarung atau slip ons (The SO’s) dan Pin & Style (PS). Menariknya, setiap hijab sarung (The SO’s) menampilkan nama-nama yang bermula atau berakhir dengan perkataan SO seperti Prerrily-So, Charmingly-So, Lovely-So, So Right dan banyak lagi. Hegira menyasarkan untuk menghasilkan lebih banyak rekaan dan produk khusus untuk golongan wanita.

Memenangi hadiah kuiz

Dengan Visi Hegira yang sangat dekat dengan personaliti wanita sekarang membuatkan jenama hijab ini menyentuh perasaan para wanita agar terus mendapat inspirasi untuk memiliki kisah hijrah peribadi yang tersendiri. Setiap wanita itu unik dan tiada siapa yang dapat menyerupai siapapun.

Besar harapan Hegira untuk menjadi lebih mudah diakses oleh pelanggan dengan membuka lebih banyak lokasi runcit fizikal. Jangan risau peminat Hegira dari negeri lain, kerana pembukaan butik kedua Hegira bakal dibuka di IOI City Mall, Putrajaya tak lama lagi. Stay tuned untuk pengumuman tau.

Lokasi Butik Hegira di Kota Bharu

 Lot F-08, AEON Mall,
Kota Bharu, Kelantan

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini mengenai Hegira boleh klik link dibawah :

Facebook : https://www.instagram.com/hegiragroup/
Instagram : https://www.facebook.com/hegiragroup
Website : www.hegirahijab.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.